Tuesday, 16 July 2013

Lebaran : Baju Raya

Assalamualaikum...

   Nak dekat-dekat raya ni mesti ramai yang tengah pening pilih baju kan??? So, harini aku nak share sket koleksi baju-baju raya yang berjaya menarik perhatian aku dan mungkin akan jadi pilihan korang semua. Jadi antara koleksi baju tersebut ialah:-

1) HATTA

Ha.. kenapa aku suke koleksi Hatta ni?? Kesemua koleksi Hatta ni aku tengok sangat moden, simple dan elegance. Sangat glam sesuai untuk korang yang nak feeling-feeling retis gitew. Lagi satu baju ni boleh disimpan dan diguna semula untuk majlis rumah terbuka, wedding kawan- kawan & majlis makan malam pun boleh. 
HATTA
2) MELINDA LOOI
Yang ni memang aku suke sangat-sangat la. Maybe sebab warna-warna koleksi raya kali ni kena dengan aku. Kesemuanya simple, moden dan setiap baju ade keunikan masing-masing. Kalau nak lace ade, kurung ade & peplum pun ade.
MELINDA LOOI
3) LSFORJOVIAN
Antara koleksi yang wajib beli. Atleast mesti beli 1. Koleksi  yang sangat menawan, sangat selesa, nampak kemas, classy & sedap mata memandang. Bagi yang berhijab pun boleh menggayakan koleksi ni sebab potongan agak longgar & tidak terlalu ketat. Sangat sesuai bagi wanita yang suka pakaian ringkas dan sederhana tapi classy. Price range antara RM 300-RM 500 kalau tak silap lah. Bagi yang akan berjumpa bakal mertua, disarankan sangat -sangat memakai baju seperti koleksi ini. Memang redup mata & sejuk hati mak mertua nanti. Sure, nampak manis je..
LSFORJOVIAN
4) RIZALMAN
Macam-macam ada..hehehehe. Dari kurung moden hingga ke kaftan. Dari simple hingga ke glam. Koleksi yang lengkap rempah ratusnye. huhuhu. Koleksi ni memang unik, berani dan ade elemen misteri. Bagi yang nak kelainan boleh la cuba koleksi Rizalman yang sangat urban ini. Banyak menggunakan material seperti polyester creepe, jersey dan lain-lain. Pelbagai corak dan gaya. 
RIZALMAN
5) BUTTON MY BUTTONS
Colourful dan comel!!! Kebanyakkan koleksi ni sangat comel dan remaja. Bukannya khusus untuk remaja tapi koleksi ni akan dapat membuatkan seseorang tampak lebih ceria dan segar. Aku tau pasal koleksi ni pun dari kawan aku. Bagi yang nak nampak muda, ape kata try koleksi ni. Super comel!!!
BUTTON MY BUTTONS

  Jadi sekarang apalagi??? Pilihlah yang mane satu korang berkenan. Semoga lebaran tahun ni menjadi lebaran yang paling bermakna untuk korang semua. Diserikan lagi dengan baju yang cantik dan menawan.


( P/s: Kepada pemilk koleksi yang saya sebutkan diatas mohon maaf jika anda kurang selesa saya post mengenai koleksi dan gambar pakaian anda. Jika tidak selesa mohon maklumkan pada saya. Saya hanya post benda yang saya rasa menarik pada pandangan mata saya. Maaf sekali lagi ye..)








No comments:

Post a Comment